Friday, June 26, 2015

Surah 1 (Al-Fatihah)



Surah 1:  
 
AL-FATIHAH (pembukaan),
Surah Al-fatihah yang diturunkan di Mekah dan terdiri dari 7 ayat adalah surat yang pertama-tama  diturunkan dengan lengkap diantara surah-surah yang ada dalam Al-Quran dan termasuk golongan surah Makkiyah.
Surah ini disebut Al-Fatihah, kerana dengan surah inilah dibuka dan dimulainya Al-Quran.
Dinamakan “Ummul Quran”  atau “Ummul Kitab” kerana dia merupakan induk bagi semua isi Al-Quran serta menjadi inti sari dari kandungan Al-Quran dan kerana itu diwajibkan membacanya pada tiap-tiap sembahayang.
Dinamakan pula “As Sab’ul Matsaany”  kerana ayatnya tujuh dan dibaca berulang-ulang dalam sembahayang.

Khatam terjemahan ayat-ayat  Al-Fatihah (1~7),

Surah 2 (Al-Baqarah)




AL-BAQARAH (sapi betina),
Surah Al-Baqarah yang  286 ayat itu turun di Madinah yang sebahagian besar diturunkan pada permulaan tahuh Hijrah, kecuali ayat 281 diturunkan di Mina pada Hajji wadaa’ (haji Nabi Muhammad s.a.w. yang terakhir).  Seluruh ayat dari surat Al-Baqarah termasuk  golongan Madaniyyah merupakan surat yang terpanjang diantara surah-surah Al-Quran, yang didalamnya terdapat pula ayat yang terpanjang (ayat 282).
Surah ini dinamai Al-Baqarah kerana didalam nya disebutkan kisah penyembelihan sapi betina yang diperintahkan Allah kepada Bani Israil (ayat 67 sampai 74), dimana dijelaskan watak orang Yahudi pada umumnya. Dinamai “Fusthaathul-Quran” (puncak Al-Quran) kerana memuat beberapa hukum yang tidak disebutkan dalam surat yang lain. Dinamai juga surat “Alif-Laam-Miim” kerana surat ini dimulai dengan Alif-Laam-Miim.

Khatam terjemahan ayat-ayat  Al-Baqarah (1~286)